Tuesday, September 30, 2014

Kenali Nyamuk

Jom berkenalan dengan Nyamuk 

Anotomi nyamuk

         Gambarajah di atas merupakan anotomi (struktur badan) seekor nyamuk betina. Nyamuk merupakan sejenis spesis serangga yang boleh terbang. Nyamuk mempunyai mata, rongga dada, perut, palpus, kaki, belalai dan juga antenna! Perkataan mosquito berasal dari kurun ke 16 yang bermaksud "lalat kecil" dalam bahasa Sepanyol manakala di Afrika pula ia dipanggil " Mozzies". Bagaimana pula asal perkataan "nyamuk" dalam Bahasa Malaysia? Terdapat lebih kurang 3,500 spesis nyamuk antaranya ialah  Anopheles quadrimaculatusCulex pipiens, and Aedes aegypti (Asian tiger mosquito). Antara spesis nyamuk yang terkenal ialah Anopeles yang membawa demam malaria dan juga Aedes membawa demam denggi.


Kitaran Hidup Nyamuk
Kitaran Hidup Nyamuk
        Secara asasnya nyamuk memerlukan makanan dan air untuk membiak. Nyamuk memerlukan darah untuk bertelur. Sumber darah boleh diperolehi daripada haiwan- haiwan dan juga manusia. Nyamuk boleh bertelur sehingga 300 biji telur. Secara purata nyamuk bertelur sehingga 3 kali sebelum mati.

       Air yang bertakung dan bersih sangat penting untuk nyamuk membiak. Secara purata kitaran hidup nyamuk hanya mengambil masa seminggu atau 7 hari sahaja! Hayat seekor nyamuk  adalah kurang dari 2 bulan. Nyamuk jantan biasanya hidup sekitar 10 hari sahaja manakala nyamuk betina boleh hidup sehingga 2 bulan. Adalah penting bagi kita mencegah pembiakan nyamuk sebelum terlambat.

Apa itu Demam Denggi?

Mari mengenal “Demam Denggi”

Apa itu demam Denggi? Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus yang dinamakan Virus Denggi (DENV). Virus ini disebarkan melalui sejenis nyamuk yang dikenali sebagai “ Aedes Aegypti atau lebih dikenali sebagai nyamuk Aedes. Nyamuk ini boleh dikenali melalui ciri-ciri seperti berbelang warna hitam putih di kaki dan tubuhnya. Nyamuk ini berasal daripada Afrika tetapi ia juga boleh di dapati di iklim suasana tropika dan subtropkia seperti Malaysia, Indonesia, India dan sebagainya.


Nyamuk ini bukan sahaja menyebarkan virus denggi malah turut menyebarkan penyakit seperti Chikungnya, demam kuning dan sebagainya.  Namun hanya nyamuk betina sahaja yang menghisap darah untuk bertelur.



Demam Denggi mempunyai beberapa simptom-simptom seperti berikut demam, sakit kepala, sakit sakit otot dan sendi dan bintik-bintik ruam. Bagi keadaan yang lebih parah, pesakit mungkin akan mengalami pendarahan dan kegagalan organ untuk berfungsi.Tidak ada ubat khusus bagi merawat demam denggi oleh itu mencegah adalah lebih baik daripada mengubat.