Friday, October 31, 2014

Basmi Denggi Tanggungjawab Bersama


KULAIJAYA - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggesa masyarakat bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam usaha mencegah penularan wabak denggi.

Timbalan Menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, masyarakat perlu mengambil berat kes penularan wabak denggi di negara ini pada masa kini, sekali gus bertindak sewajarnya membasmi pembiakan nyamuk Aedes.

“Ia bukan menjadi tanggungjawab PBT semata-mata untuk membersihkan sampah, tempat pembiakan nyamuk Aedes sebagainya, tetapi tanggungjawab kita bersama.

“Masyarakat tidak kira di kampung dan taman di dalam kawasan operasi serta kawalan PBT perlu turut serta. Ambil berat mengenai kes denggi dan lakukan pemeriksaan di sekeliling kawasan perumahan,” katanya di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Tenggara di Bandar Tenggara, di sini malam kelmarin.

Halimah berkata, segala usaha dilakukan oleh kerajaan, PBT dan agensi bertanggungjawab tidak akan bermakna tanpa sokongan serta kerjasama daripada masyarakat.

“Ada antara masyarakat yang enggan memberi kerjasama ketika pegawai dari Jabatan Kesihatan membuat semburan kabus (fogging) dan menganjurkan gotong-royong kerana melepaskan tanggungjawab kepada PBT.

“Ini kerana pada pandangan mereka, tanggungjawab itu diletakkan kepada PBT mereka mereka membayar cukai. Sebenarnya, kalau setiap individu boleh menjaga kebersihan secara bersama, ia membantu kepada usaha mengurang dan menghapuskan tempat pembiakan Aedes,” katanya.

Katanya, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Denggi peringkat kebangsaan pada minggu lalu, telah memberikan arahan bagi menangani permasalahan berkenaan.

“Beliau (Muhyiddin) melihat kerjasama semua kementerian berkaitan amat diperlukan kerana permasalahan ini adalah isu kebersamaan dan bukannya isu masing-masing. Jadi langkah bersepadu melibatkan kementerian terlibat amat diperlukan.

“Selain itu, PBT di setiap negeri khususnya empat negeri yang mempunyai kadar kes demam denggi tertinggi iaitu Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Kelantan sudah diarahkan kenalpasti kawasan hotspot serta mempertingkatkan pengawasan serta penguatkuasaan,” katanya.

Sumber

Thursday, October 30, 2014

Awas! Anda Mungkin Dijangkiti Denggi Ketika Ke Sekolah


Masalah demam denggi tak harus diambil mudah.

Jika perkara asas seperti tidak menyimpan air bertakung dalam rumah sudah diketahui ramai orang, kita juga mesti peka tentang waktu nyamuk aedes gemar mengganas iaitu sekitar 6 pagi hingga 8 pagi dan 6 petang hingga 8 malam.



Fakta ini menunjukkan pemandu dan penumpang bas sekolah terdedah kepada gigitan aedes kerana ia adalah waktu mereka berada dalam bas untuk pergi atau pulang dari sekolah hampir setiap hari.

Justeru golongan dewasa terlibat terutama ibu bapa dan pengusaha bas sekolah mesti mengambil berat cara mencegah gigitan aedes pada waktu ini.

Antara langkah yang boleh diamalkan adalah menyembur aerosol racun serangga, memakai bahan penghalau nyamuk dan memakai pakaian bertutup seperti baju dan seluar panjang.

Harus diingat, demam denggi yang diakibatkan daripada gigitan aedes tidak mempunyai ubat khusus untuk merawatnya maka langkah-langkah kawalan dan pencegahan amat penting.

Wednesday, October 29, 2014

Aedes Membiak Atas Tangki


SUBANG JAYA - Reka bentuk dan kedudukan tangki air yang terletak di luar rumah selain sikap penduduk mengunci laluan belakang perumahan ketika kerja pembersihan dilakukan dikenal pasti menjadi faktor peningkatan kes demam denggi di kawasan USJ 11.

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh Tseow Suan berkata, wakil persatuan penduduk memaklumkan perkara itu menyebabkan beliau bersama pegawai kesihatan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) terpanggil untuk membuat pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan mendapati, terdapat dua barisan unit rumah teres memiliki reka bentuk dan lokasi penempatan tangki air yang sama, ia terletak di bahagian tengah rumah dengan keadaan terbuka.

Menurutnya, penutup tangki air itu kelihatan melendut ke bawah akibat terkena panahan matahari menyebabkan air bertakung dan jadi tempat pembiakan nyamuk.


Menurutnya, enam tempat pembiakan ditemui ketika pemeriksaan dilakukan di perumahan tersebut.

“USJ 11 dikenal pasti kawasan panas demam denggi dengan 26 kes direkod dalam tempoh 90 hari lalu,” katanya.

Hannah berkata, MPSJ perlu mencari satu penyelesaian jangka panjang untuk mengatasi masalah yang boleh menyumbang peningkatan jumlah kes demam denggi.

Katanya, tidak mungkin penduduk memanjat tangga ke bahagian siling rumah setiap hari untuk buat pemeriksaan di tangki air mereka.

“Saya harap PBT dapat teliti reka bentuk tangki pada masa depan,” katanya.

Bagi laluan belakang yang ditutup penduduk hingga menyukarkan tempat pembiakan nyamuk dimusnahkan, MPSJ sudah hantar notis meminta ia dibuka apabila kerja pembersihan dilakukan.

Saturday, October 18, 2014

Peringkat Demam Denggi

Tanda-tanda demam denggi adalah berbeza-beza bergantung kepada tahap jangkitan tersebut. Berikut merupakan beberapa peringkat Demam tersebut.

Demam Denggi Panas
Ini merupakan peringkat yang paling ringan, seseorang pesakit itu boleh mengalami beberapa atau semua gejala denggi berikut:

Demam panas sehingga 40.6 darjah Celsius
  • Sakit kepala dan sakit belakang
  • Tompoh-tompok ruam merah pada permukaan kulit yang muncul dan hilang selepas beberapa hari dan kemudian muncul lagi
  • Sakit pada sendi dan otot
  • Sakit di belakang mata
  • Rasa muntah-muntah dan cirit birit
Tanda-tanda tersebut biasanya mulai muncul 4 – 7 hari selepas digigit oleh nyamuk aedes. Demam denggi panas jarang menyebabkan kematian dan biasanya akan sembuh dalam masa seminggu.


Demam Denggi Berdarah
  • Demam denggi jenis ini biasanya bermula dengan cara yang sama seperti Demam Denggi Panas biasa dan ia mula menjadi semakin teruk selepas beberapa hari. Demam jenis bahaya ini menunjukkan tanda-tanda demam denggi biasa bersamaan gejala tambahan berikut:
  • Penurunan tahap platlet darah yang ketara
  • Pendarahan di bawah kulit yang menghasilkan tompok-tompok merah unggu seperti kena tumbukan.
  • Pendarahan pada hidung, mulut dan gusi gigi
  • Kerosakan pada system aliran darah dan limfa
  • Kematian


Kejutan Demam Denggi (Dengue Shock)
Jenis ini merupakan bentuk denggi yang paling parah atau ketara. Tanda-tanda kejutan denggi adalah seperti berikut:
  • Kekaburan fikiran
  • Sakit perut yang ketara
  • Muntah-muntah dan cirit-birit
  • Pendarahan dalaman dan luar yang banyak
  • Penurunan tekanan darah yang mendadak
  • Kematian serta-merta

Perlu ambil perhatian bahawa beberapa tanda-tanda denggi mungkin wujud lagi selepas seseorang pesakit itu sembuh daripada demam denggi.

Jika anda rasai beberapa tanda-tanda yang telah dibincangkan dan sangsi anda mungkin dijangkiti denggi, sila berjumpa dengan doktor dengan segera untuk mengenalpasti kesahihan jangkitan.

Sumber

Friday, October 17, 2014

Langkah-langkah Pencegahan


Cara Untuk Mencegah Denggi
Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.

Elakkan gigitan nyamuk dengan:
  • Gunakan ubat nyamuk.
  • Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
  • Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
  • Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
  • Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
 


Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:
  • Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
  • Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.

 Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:
  • Muntah berlarutan/berpanjangan.
  • Sakit perut.
  • Kurang bermaya/sawan.
  • Sesak nafas.
  • Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
  • Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.
Sumber

Thursday, October 16, 2014

Tanda-tanda dan Rawatan Demam Denggi

Apakah Tanda-tanda Demam Denggi ?
  • Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
  • Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
  • Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
  • Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam
  • Muntah dan kurang selera makan.

 Diagnosa Penyakit
  • Antibodi akan dikesan di dalam darah (Dengue IgM) (Antibodi yang dihasilkan oleh sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan).
  • Ujian PCR (kaedah mengesan genetik virus) boleh mengesan virus denggi di dalam darah dan nyamuk boleh didapati di sesetengah makmal.
  • NSI antigen: Satu lagi test yang mengesan virus ini pada peringkat awal/demam.


Rawatan
  • Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
  • Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
  • Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
  • Mandi jerlum.
  • Antibiotik tidak diperlukan.

Wednesday, October 15, 2014

Hidup Sihat Tanpa Aedes

     Selamat datang ke laman blog JomGempurAedes. Blog ini bertujuan memberi kesedaran dan pengetahuan kepada murid dan masyarakat tentang bahaya demam Denggi. Dengue Patrol 2014 bagi SK Sandau Kinabatangan telah ditubuhkan dan mempunyai ahli seramai 30 orang murid daripada Tahap 2. Banyak aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Dengue Patrol SK Sandau bagi menyebarkan maklumat tentang nyamuk Aedes dan demam Denggi. Kami berharap blog ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua.

Wednesday, October 1, 2014

Jom Gempur Aedes Bermula Dari Anda

Gempur Aedes!

   Setiap matlamat haruslah mempunyai strategi. Setiap strategi mestilah mempunyai teknik yang berkesan dan teratur. Maka dengan ini, SK Sandau Kinabatangan menyahut seruan dunia dan kerajaan khususnya untuk membebaskan masyarakat daripada ancaman nyamuk Aedes dan penyakit demam denggi yang boleh mendatangkan maut. 

Logo SK Sandau Kinabatangan

   Kami percaya, pendidikan sejak kecil lagi akan menyedarkan individu dan masyarakat umumnya tentang bahayanya ancaman nyamuk Aedes ini. Pelbagai program dan khidmat masyarakat telah dirancang dan diatur untuk dilaksanakan secara berperingkat dan berterusan. Penglibatan masyarakat adalah dituntut bagi memastikan kebersihan, keselamatan dan keceriaan di kawasan sekeliling kita bebas dari ancaman Aedes ini.

    Maka sebuah pasukan khas telah ditubuhkan di SK Sandau Kinabatangan yang dinamakan Dengue Patrol (Patrol Denggi ) bertanggungjawab melaksanakan program pencegahan wabak denggi dan menerapkan nilai-nilai murni usaha menghapuskan denggi. Ini adalah hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kesihatan dan juga sebuah badan NGO iaitu SANOFI PASTEUR selaku penaja utama.
Logo Dengue Patrol

Tuesday, September 30, 2014

Kenali Nyamuk

Jom berkenalan dengan Nyamuk 

Anotomi nyamuk

         Gambarajah di atas merupakan anotomi (struktur badan) seekor nyamuk betina. Nyamuk merupakan sejenis spesis serangga yang boleh terbang. Nyamuk mempunyai mata, rongga dada, perut, palpus, kaki, belalai dan juga antenna! Perkataan mosquito berasal dari kurun ke 16 yang bermaksud "lalat kecil" dalam bahasa Sepanyol manakala di Afrika pula ia dipanggil " Mozzies". Bagaimana pula asal perkataan "nyamuk" dalam Bahasa Malaysia? Terdapat lebih kurang 3,500 spesis nyamuk antaranya ialah  Anopheles quadrimaculatusCulex pipiens, and Aedes aegypti (Asian tiger mosquito). Antara spesis nyamuk yang terkenal ialah Anopeles yang membawa demam malaria dan juga Aedes membawa demam denggi.


Kitaran Hidup Nyamuk
Kitaran Hidup Nyamuk
        Secara asasnya nyamuk memerlukan makanan dan air untuk membiak. Nyamuk memerlukan darah untuk bertelur. Sumber darah boleh diperolehi daripada haiwan- haiwan dan juga manusia. Nyamuk boleh bertelur sehingga 300 biji telur. Secara purata nyamuk bertelur sehingga 3 kali sebelum mati.

       Air yang bertakung dan bersih sangat penting untuk nyamuk membiak. Secara purata kitaran hidup nyamuk hanya mengambil masa seminggu atau 7 hari sahaja! Hayat seekor nyamuk  adalah kurang dari 2 bulan. Nyamuk jantan biasanya hidup sekitar 10 hari sahaja manakala nyamuk betina boleh hidup sehingga 2 bulan. Adalah penting bagi kita mencegah pembiakan nyamuk sebelum terlambat.

Apa itu Demam Denggi?

Mari mengenal “Demam Denggi”

Apa itu demam Denggi? Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus yang dinamakan Virus Denggi (DENV). Virus ini disebarkan melalui sejenis nyamuk yang dikenali sebagai “ Aedes Aegypti atau lebih dikenali sebagai nyamuk Aedes. Nyamuk ini boleh dikenali melalui ciri-ciri seperti berbelang warna hitam putih di kaki dan tubuhnya. Nyamuk ini berasal daripada Afrika tetapi ia juga boleh di dapati di iklim suasana tropika dan subtropkia seperti Malaysia, Indonesia, India dan sebagainya.


Nyamuk ini bukan sahaja menyebarkan virus denggi malah turut menyebarkan penyakit seperti Chikungnya, demam kuning dan sebagainya.  Namun hanya nyamuk betina sahaja yang menghisap darah untuk bertelur.



Demam Denggi mempunyai beberapa simptom-simptom seperti berikut demam, sakit kepala, sakit sakit otot dan sendi dan bintik-bintik ruam. Bagi keadaan yang lebih parah, pesakit mungkin akan mengalami pendarahan dan kegagalan organ untuk berfungsi.Tidak ada ubat khusus bagi merawat demam denggi oleh itu mencegah adalah lebih baik daripada mengubat.